Kenal Sebelum Kena - Lindungi diri anda daripada bahaya fail .APK
Februari 6, 2025
Februari 6, 2025
APA ITU SCAM PERISIAN HASAD (MALWARE)?
Scam Malware memperdaya anda untuk memuat turun perisian berbahaya daripada sumber yang tidak rasmi. Malware atau dikenali sebagai fail .APK ini boleh merampas kawalan telefon dan wang anda.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI:
Malware sering dihantar melalui fail .APK, yang biasanya dikongsi melalui e-mel atau mesej dalam bentuk pautan atau lampiran.
Fail .APK ini sering menyamar sebagai aplikasi harian yang tidak berbahaya.
Sebaik sahaja dimuat turun, aplikasi itu akan meminta kebenaran untuk mengakses pelbagai aspek peranti anda.
Pemberian kebenaran ini memberikan scammer akses dan kawalan jauh. Scammer boleh mencuri butiran perbankan dan maklumat peribadi anda.
Malware ini juga boleh memaparkan halaman pembayaran palsu, direka untuk memperdaya anda memasukkan butiran log masuk anda.
CARA MELINDUNGI DIRI?
Hanya muat turun aplikasi daripada platform rasmi telefon pintar anda seperti Google Play, App Store, atau Huawei App Gallery.
Masukkan butiran log masuk anda hanya di laman web perbankan dalam talian rasmi. Jangan sekali-kali memasukkannya di laman web atau aplikasi lain.
Elakkan daripada mengklik pautan daripada pengirim atau pihak ketiga yang tidak dikenali.