Kenal Sebelum Kena - Lindungi diri daripasa Scam pelaburan.
Mac 5, 2025
Mac 5, 2025
APA ITU SCAM PELABURAN?
Scam pelaburan mengumpan mangsa dengan skim janji pulangan tinggi dalam masa singkat melalui tawaran terhad tetapi sebenarnya, untuk mencuri wang anda.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI:
Scammer akan menghubungi anda dan berkongsi skim pelaburan yang sangat menguntungkan.
Anda akan dijanjikan dengan pulangan yang cepat dan lumayan.
Anda akan didesak untuk membuat keputusan pelaburan dengan segera menggunakan alasan tawaran masa terhad.
Jika anda mencari dalam talian, anda tidak akan jumpa sebarang butiran berkenaan syarikat pelaburan tersebut atau maklumat kewangan mereka.
CARA MELINDUNGI DIRI?
Selidik dahulu dan semak dengan sumber yang boleh dipercayai untuk memastikan anda melabur dengan syarikat yang boleh dipercayai dan ada reputasi.
Jangan hanya bergantung pada maklumat yang orang lain berikan kepada anda untuk anda membuat keputusan —sentiasa sahkan apa yang mereka beritahu anda daripada sumber-sumber rasmi.