Teguhkan Pertahanan Anda Terhadap Perisian Hasad dan Pelajari Tips Keselamatan Perbankan Dalam Talian

Hero Banner
Pressure Test Logo Without Bg

Tempoh kempen

03 Oct 2024 - 30 Nov 2024

Mascot

Sempena bulan keselamatan siber, kami ingin mengingatkan anda supaya berhati-hati terhadap scam dalam talian dan scammer yang ingin mencuri wang daripada akaun bank anda.

Kekal selamat dalam talian dengan pelajari bagaimana Scam Perisian Hasad berlaku dan beri perhatian kepada Tips Keselamatan Perbankan Internet juga.

Bagaimana Ia Terjadi?

01

‘Penjual’ akan mempromosi tawaran untuk durian, servis cuci dan banyak lagi di media sosial.

02

Mereka suruh anda muat turun fail .APK atau aplikasi setelah anda bersembang dengan mereka.

03

Mereka terangkan yang ianya untuk tempahan dan bayaran.

04

Fail .APK itu adalah perisian hasad yang akan kawal telefon, curi butiran dan wang anda.

Muat turun aplikasi dari gedung aplikasi rasmi sahaja.

Jangan beri kebenaran kepada aplikasi tidak diketahui untuk mengawal telefon anda.

Masukkan URL bank secara manual dan jangan klik pautan mencurigakan untuk elakkan laman web pancingan data.

Elakkan berkongsi nama dan kata laluan anda dengan sesiapa.

Semak imej dan frasa keselamatan sebelum log masuk.

Pantau transaksi perbankan untuk pengesanan awal.

Semak butiran transaksi sebelum meluluskan dengan pengesahan perbankan anda.

Kemas kini pelayar dan sistem pengendalian (OS) anda kepada versi terkini untuk keselamatan yang dipertingkatkan.

Kenal Pasti Penipuan dan Menangi Hadiah Menarik!

Ketahui cara untuk mengesan scam dengan menyertai #JanganKenaScam Stay Safe Online Challenge dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik di bawah: 

Mobile Prizes BM (1)

Cara untuk Menang

Ikuti langkah mudah ini:

1

Main Permainan

2

Isi Butiran

3

Selesai!

Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?