DAPATKAN BANTUAN SEGERA: HUBUNGI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN 24 JAM BANK ANDA ATAU 997 (8AM-8PM, SETIAP HARI)
Jenis-Jenis Scam
Scam Panggilan Telefon
Scam Perisian Hasad
Scam Pekerjaan
Scam Pancingan Data
Scam Akaun Keldai
Scam e-Dagang
Scam Pelaburan
Scam Ganjaran Tunai
Scam Pinjaman
Scam Percintaan
Scam QR (Quishing)
Berurusan dengan penjual atau pembeli yang akan menghilangkan diri dengan wang atau barangan anda.
Contoh scammer cuba menarik perhatian dengan meletakkan harga yang sangat rendah sebelum meminta lebih banyak wang daripada mangsa:
1 Anda terjumpa tawaran dalam talian yang sangat menarik.
2 Setelah dihubungi, mereka akan menggesa anda untuk membuat pembayaran dengan cepat dan memberitahu anda bahawa stok/tawaran adalah terhad.
3 Penjual gagal menghantar barang atau akan menghantar produk palsu dan akan menyekat nombor/akaun anda.
4 Mereka juga mungkin melambatkan penghantaran barang anda dan akan meminta lebih banyak bayaran untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Jangan terpedaya dengan tawaran yang hanya indah khabar dari rupa.
Jangan tergesa-gesa apabila membeli atau menjual barang.
Gunakan PDRM CCID “Semakmule Portal” untuk menyemak nombor akaun bank penjual.