Scam Pinjaman

Apabila wang anda dicuri oleh scammer yang berpura-pura sebagai pemberi pinjaman wang sah dan mendesak anda untuk memberikan butiran peribadi atau membuat pembayaran pendahuluan.

Bagaimana Scam Pinjaman Berlaku?

Beginilah caranya.

Contoh scammer menggunakan iklan pinjaman palsu untuk memperdayakan mangsa. 

1 Scammer kerap menjalankan aktiviti scam menggunakan iklan-iklan di laman web, media sosial, e-mel, dan mesej.

2 Scammer akan menyamar sebagai pemberi pinjaman wang yang sah dan akan memberikan kad nama dengan jawatan seperti penasihat jualan atau kewangan.

3 Mereka akan mengumpan anda dengan tawaran yang indah khabar dari rupa supaya anda tergerak hati untuk membuat keputusan dengan cepat.

4 Apabila anda terpedaya dengan tawaran tersebut, scammer akan meminta dokumen peribadi anda dengan alasan untuk ‘memproses’ pembiayaan tersebut dan memperdaya anda untuk mendedahkan butiran perbankan anda.

5 Mereka juga akan meminta supaya pembayaran pendahuluan (e.g. deposit pendahuluan, yuran, dll.) dibuat kepada akaun individu

Cara Pertahankan Diri

Berikut adalah langkah-langkah untuk kekal selamat.
Icon Support
Icon Shield Check White
Icon Eye

Dibawakan oleh

Maybank Ambank Bank Islam CIMB Public Bank RHB Affin Bank Alliance Bank HLB HSBC Bank OCBC Standard Chartered UOB Maybank Islamic Ambank Islamic CIMB Islamic Public Islamic Bank RHB Islamic Affin Islamic Alliance Islamic Bank Muamalat HLB Islamic HSBC Amanah OCBC Al Amin MBSB Bank Agro Bank Bank Rakyat BSN MIDF Investment GX Bank Boost Bank AEON Bank Al Rajhi Bank Bangkok Bank Bank Of America Bank Of China BNP Paribas CCB Citi Deutsche Bank India International Bank ICBC JP Morgan Kuwait Finance House Mizuho MUFG Standard Chartered Saadiq Sumimoto
Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?