Website Banner R2 Bm Mobile

Kenali scam, sebelum anda kena scam

Anda adalah pertahanan terbaik terhadap scam. Jom belajar cara mengenali, menghentikan dan melindungi peranti anda dengan video dan laman web khusus kami ini. Perkasakan diri anda - belajar dan 'Kenal Sebelum Kena'!

Scam Perisian Hasad (Malware)

Cuba anda bayangkan: Anda terlihat satu promosi durian yang sangat menarik dalam talian. Untuk tebus promosi ini, penjual tersebut menyuruh anda memasang aplikasi khusus menggunakan pautan untuk memuat turun satu fail .APK. Setelah selesai memasang, aplikasi tersebut akan meminta kebenaran untuk mengawal telefon anda. Dengan hanya satu klik, scammer akan dapat mengawal telefon, mencuri butiran perbankan dan juga wang dalam akaun anda!

Belajar cara kenali taktik-taktik ini melalui video kami—belajar dan 'Kenal Sebelum Kena'.

Scam Pancingan Data (Phishing)

Pernahkah anda terlihat iklan promosi servis cuci yang sangat menarik? Hati-hati ya! Iklan ini mungkin akan membawa anda ke laman web yang meminta butiran log masuk bank untuk tempahan. Tapi berjaga-jaga- jika laman log masuk itu tiada imej dan frasa keselamatan, ianya adalah scam. Jika anda masukkan butiran, scammer akan dapat menceroboh akaun bank anda.

Kekal waspada dan kenali scam ini. Tonton video kami untuk lindungi diri anda—belajar dan 'Kenal Sebelum Kena’.

Scam Pancingan Data

Terima SMS tentang transaksi kad yang anda tidak kenali, dan ada nombor telefon untuk anda hubungi? Hati-hati! Bank tidak akan hantar SMS dengan nombor telefon. Jika anda hubungi, scammer akan suruh anda memindahkan wang ke akaun yang ‘selamat’ kerana mereka ingin membekukan akaun anda untuk keselamatan.

Kekal waspada dan tonton video kami untuk tahu dengan lebih lanjut. Lindungi diri anda, belajar dan 'Kenal Sebelum Kena'.

Scam Panggilan Telefon

Terima panggilan yang mendakwa bungkusan anda mengandungi barang terlarang dan ancaman untuk membekukan akaun bank anda? Pihak berkuasa sebenar tidak akan meminta anda memindahkan wang ke "akaun selamat" atau meminta maklumat peribadi anda. Ini adalah taktik scammer untuk mengakses akaun bank dan wang anda. Sentiasa semak sebelum mengambil tindakan.

Apakah yang anda perlu ingat?

x mark icon

Jangan muat turun fail .APK

x mark icon

Jangan kongsi butiran perbankan dengan sesiapa

x mark icon

Jangan layan panggilan atau SMS mencurigakan

Apa yang anda perlu lakukan jika terkena scam?

1

Aktifkan fungsi kill switch

di aplikasi perbankan anda dengan segera untuk menghentikan transaksi selanjutnya.

2

Hubungi talian aduan scam bank anda

atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

3

Pastikan anda juga

membuat laporan polis.

Ingin tahu perkembangan dan berita terkini tentang taktik scam terbaharu?

Ikuti @jangankenascamofficial di Instagram

Ikut Kami

Dibawakan oleh

Maybank Ambank Bank Islam CIMB Public Bank RHB Affin Bank Alliance Bank HLB HSBC Bank OCBC Standard Chartered UOB Maybank Islamic Ambank Islamic CIMB Islamic Public Islamic Bank RHB Islamic Affin Islamic Alliance Islamic Bank Muamalat HLB Islamic HSBC Amanah OCBC Al Amin MBSB Bank Agro Bank Bank Rakyat BSN MIDF Investment GX Bank Boost Bank AEON Bank Al Rajhi Bank Bangkok Bank Bank Of America Bank Of China BNP Paribas CCB Citi Deutsche Bank India International Bank ICBC JP Morgan Kuwait Finance House Mizuho MUFG Standard Chartered Saadiq Sumimoto
Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?